PERLINDUNGAN TAKAFUL – SEBUAH ALTERNATIF

Kita sebagai ketua keluarga pastinya telah merancang untuk menyediakan harta untuk waris kita yang amat disayangi. Dan kita juga tahu yang, harta kita akan diserahkan kepada waris kita secara Faraid sekiranya berlaku kematian kepada pemilik harta tersebut. Harta kita telah bertukar status menjadi harta pusaka.

Faraid Sebuah Ketetapan

Hukum faraid adalah satu ketetapan yang disebutkan dalam Al Quran, Surah An Nisa’ ayat 11 & 12 yang mafhumnya;

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

“Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”

Dalam firman ini, Allah telah menjelaskan bahagian harta yang akan diterima oleh setiap ahli waris yang layak berdasarkan situasi. Tujuan ditetapkan harta ini ialah sebenarnya untuk menjaga maruah dan harta waris yang ditinggalkan oleh si mati selain memastikan kelangsungan hidup waris terdekat yang ditinggalkan. Dan juga, supaya harta yang diterima dapat digunakan semula untuk kemudahan waris si mati tersebut.

Namun, dalam situasi masyarakat sekarang, pembahagian Faraid ini, ada kalanya membawa kepada persengketaan yang berpanjangan dan boleh membawa kepada runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan, akibat dari perebutan harta pusaka tersebut. Baik harta alih dan harta tak alih.

Sedarkah kita, dalam dunia yang serba moden ini, kita ada satu lagi alternatif untuk menyerahkan harta kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki sama ada kepada isteri, anak-anak, kaum kerabat yang lain dan juga kepada sesiapa sahaja dengan Takaful Hayat (‘Life’ Takaful) dengan kaedah penamaan dalam Hibah Takaful (rujuk link untuk pengenalan Hibah Takaful, https://munzirzul.com/hibah-takaful-an-introduction/)

Mengapa Perlindungan Takaful Sebagai Alternatif?

Kerana, penamaan dalam Perlindungan Takaful atau dikenali sebagai hibah takaful adalah tidak tertakluk kepada hukum faraid, boleh diubah selagi peserta masih hidup dan tertakluk kepada akta IFSA 2013. Hal ini bermakna, jika kita menyediakan satu pelan perlindungan takaful ke atas diri kita, kita telah menyediakan satu jumlah harta tunai yang akan diwariskan kepada penama saat nyawa kita tidak lagi di kandung badan.

Dengan adanya akta IFSA 2013, hibah takaful ada sah di sisi undang-undang syariah di Malaysia dan ‘incontestable’ mengikut hukum undang-undang syariah. Kita juga bebas untuk menamakan sesiapa sahaja yang kita rasa layak untuk menerima hibah tersebut, hatta untuk anak angkat dan anak susuan sekalipun.

Kesimpulannya, kita dapat menyediakan pelbagai cara untuk perwarisan harta kepada waris kita yang bakal ditinggalkan. Dan salah satu kaedah perwarisan harta yang efektif ialah dengan menyediakan Perlindungan Takaful Hayat dan memastikan ada penamaan untuk Hibah Takaful dalam pelan perlindungan anda. Sediakan hibah agar masa depan waris anda lebih terjamin.

Ingat, satu keluarga, satu hibah.

Ingin tahu lebih lanjut tentang cara penyediaan hibah dan takaful kendiri? Klik link di bawah untuk pertanyaan.

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN

WEALTH PLANNER OF SYNERGY GROUP

013-471 9307

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *