MUNZIR ZUL

Membantu Individu, Keluarga & Pemilik Bisnes Membuat Perancangan Kewangan & Harta serta Pengurusan Pusaka yang Patuh Syariah

Siapa Saya?

Perunding Harta & Takaful Serta Pengurusan Pusaka Muslim Anda

Dari latar belakang jurutera kepada dunia perancangan kewangan Islam – saya kini sepenuh masa membantu masyarakat merancang harta & melindungi masa depan keluarga dengan solusi yang tersusun dan patuh Syariah.

Kenapa Saya memilih Kerjaya ini?

📌 Semuanya Bermula Dengan Keluarga
Saya sendiri pernah tengok macam mana ayah saya uruskan harta pusaka keluarga — prosesnya panjang, rumit, dan ambil masa bertahun. Sedihnya, harta tak sampai RM2 juta pun. Tapi sebab tiada perancangan awal, ia tetap jadi beban emosi dan masa.

💡 Dari situ, saya mula sedar — ramai yang masih tak tahu pentingnya perancangan harta dan hibah. Ramai juga yang rasa benda ni untuk “orang kaya” je. Padahal… ini hak semua orang Islam.

👥 Saya juga pernah tengok kes seorang lelaki, kehilangan isteri tiba-tiba. Rumah yang sebelum ni dibiayai bersama, kini ditanggung seorang diri. Tiada perlindungan takaful, tiada back-up plan. Berat sangat beban tu.

📖 Jadi, saya mula dengan satu niat:
Nak bantu orang ramai rancang harta & lindungi keluarga – ikut cara Islam, cara mudah faham. Tak perlu jargon pelik-pelik. Hanya solusi yang jelas, mudah, dan patuh Syariah.

Pengalaman & Perjalanan Saya

🔧 Latar Belakang Kejuruteraan
Berpengalaman dalam industri Maritime Services selama 3 tahun 6 bulan sebelum beralih arah ke dunia Wealth Planning.

🎓 Pendidikan
Graduan UTeM, Melaka dalam Kejuruteraan Mekanikal (Struktur & Bahan).

💼 Beralih ke Dunia Perancangan Harta Sejak 2020
Saya percaya, “Perancangan Kewangan & Harta Adalah Ibadah” — dan setiap keluarga wajar diberikan bimbingan yang terbaik.

Apa yang Saya Boleh Bantu?

✔️ Hibah & Pengurusan Harta Pusaka
✔️ Perancangan Harta & Kewangan Keluarga
✔️ Perlindungan Individu & Perubatan
✔️ Solusi Korporat & Kakitangan
✔️ Takaful Kenderaan, Rumah & Hartanah

Semua ini dalam satu tempat. Satu nombor, satu perunding.

Komitmen Saya

🧑‍💼 Profesionalisme & Integriti dalam Setiap Khidmat

Saya percaya bahawa setiap individu, keluarga atau pemilik bisnes berhak menerima panduan kewangan dan perancangan harta yang telus, jujur dan berkualiti tinggi. Bagi saya, khidmat ini bukan sekadar kerjaya, tapi satu amanah — sebab ia melibatkan masa depan dan kesejahteraan waris anda.

Dengan setiap sesi perbincangan, saya akan pastikan anda faham setiap langkah yang dicadangkan. Tiada istilah “paksa ambil produk” atau “jual semata-mata”. Yang penting, anda jelas, yakin dan selesa. 🤝✨

Komitmen Tanpa Batasan Waktu

Isu kewangan dan perancangan harta selalunya datang tanpa dijangka. Sama ada anda baru kehilangan orang tersayang, terima pampasan takaful, atau tengah pening nak urus pusaka — saya akan bantu anda sebaik dan secepat mungkin.

Saya komited untuk memberi sokongan, nasihat dan panduan bila anda perlukan. Fast response, responsif dan mudah dihubungi. Tak kira hari bekerja atau hujung minggu, mesej saja — saya ada untuk bantu. 📞📲🕐

🌐 Rundingan Fleksibel & Mudah

Saya faham setiap orang ada jadual yang berbeza. Sebab tu saya sediakan pilihan rundingan yang fleksibel — sama ada secara bersemuka di lokasi pilihan anda, atau secara online dari keselesaan rumah.

Tak perlu ambil cuti atau cari masa susah-susah. Kita bincang ikut masa anda. Janji, semua boleh diselesaikan secara profesional, cepat dan mudah difahami. Inilah gaya kerja saya — mesra, fleksibel dan berfokus kepada solusi. 🏡💻📍