
Tahukah anda? Setakat tahun 2022, lebih kurang RM90 billion harta yang tidak dituntut di seluruh negara.
Antara punca terbesar harta ini terbiar dan tidak dapat dimanfaatkan adalah kerana sikap waris-waris yang bertangguh atau melewatkan urusan harta pusaka ini.
Selain itu, jumlah harta yang sedikit tidak menarik minat waris untuk menuntutnya dan juga ada ahli waris yang tidak dapat dikesan kerana telah berhijrah ke luar negara atau bertukar alamat dan juga telah menukar nama pendaftaran.
Perbalahan antara waris yang berpanjangan sehingga waris menjadi berlapis-lapis, akibat kematian waris asal, antara penyebab proses menjadi rumit. Hasilnya, harta pusaka terbiar tidak dituntut bergenerasi.
Bayangkan, jika 90 billion ini dapat dimanfaatkan, tentu dapat digunakan oleh waris dan mungkin juga masyarakat setempat terutamanya masyarakat Muslim umumnya.
Perkara ini juga dapat dielak, sekiranya pemilik harta mengambil langkah proaktif untuk merancang harta dan menguruskan pusaka mereka semasa masih hidup.
Pastinya, waris akan lebih mudah untuk bermuafakat jika harta pusaka telah diuruskan terlebih dahulu semasa hidup.
Kesedaran untuk pengurusan harta dan pusaka adalah rendah dalam kalangan masyarakat Muslim terutamanya, mengundang kepada permasalahan tersebut.
Jika majoriti masyarakat Muslim mempunyai kesedaran awal untuk merancang dan mengurus harta semasa masih hidup, pasti permasalahan harta beku dapat diselesaikan dengan mudah.
Oleh itu, saya mengajak anda untuk mulakan merancang perwarisan harta dan pengurusan pusaka bersama saya hari ini. Perancangan yang baik pasti memudahkan waris dan mereka pasti akan senang hati untuk menyelesaikan pusaka dengan segera.
Akhir kata,
“Rancang Harta, Urus Pusaka, Sebelum Hiba”
Info lanjut Pengurusan Pusaka klik disini https://wa.me/p/24266717352912575/60134719307
Abdullah Munzir bin Zul Safaruddin
013-471 9307
Perunding Perwarisan Harta & Pengurusan Pusaka Muslim
Perancang Kekayaan Prudential BSN Takaful.