MENGAPA PERLU MERANCANG?

Merancang, sebelum kita melakukan sesuatu adalah perkara yang sangat baik untuk kita laksanakan. Kerana seperti lirik lagu Mantera Beradu, Gagal Merancang, Merancang Kegagalan.


Jika kita tidak merancang apa sahaja, kebarangkalian untuk gagal itu sangat tinggi, berbanding jika kita telah merancang terlebih dahulu.


Seperti juga rutin harian dan kerja kita, Harta milikan kita juga perlu dirancang sebaiknya. Perancangan harta ini amatlah luas sehinggalah mencakupi peringkat awal untuk perolehan harta, penjagaan harta kita, dan juga perancangan jangka panjang harta kita.


Jika di awal sebelum pemilikan harta, kita merancang bagaimana pembayaran harta tersebut, sama ada secara bayaran sekaligus (lumpsum) atau secara pembiayaan. Atau semasa penjagaan harta kita seperti pembayaran cukai-cukai yang berkaitan, penjagaan struktur dan kosmetik harta tersebut, penyediaan perlindungan yang selengkapnya dan pelbagai lagi.


Tetapi, ramai antara kita selalu terlepas pandang akan peri pentingnya, untuk kita merancang bagaimana perwarisan harta tersebut, sekiranya kita bercadang untuk memiliki sesuatu harta dalam jangka masa yang panjang.


Antara perancangan yang baik untuk perwarisan harta tersebut adalah dengan merancang legasi harta tersebut. Bagaimana hal turun milik harta tersebut sekiranya berlaku kematian kepada kita, siapa yang akan memegang amanah dan seterusnya menguruskan hal pusaka tanah tersebut.


Perancangan perwarisan ini sama pentingnya seperti mana kita merancang di awalan dan semasa pemilikan harta tersebut. Selain memudahkan Waris Pusaka kita nanti, dapat juga mengelakkan perbalahan dan waris mungkin lebih mudah untuk mencapai kata putus dan bermuafakat dalam pembahagian pusaka.


Nak lebih mudah, rancang sahaja perwarisan harta anda dengan saya. Saya bantu anda A to Z mengikut keperluan anda dan keluarga. Jangan risau, saya bantu anda mengikut bajet anda juga.


Akhir kata,


“Rancang Harta, Urus Pusaka, Elak Hiba di kemudian hari”


Abdullah Munzir bin Zul Safaruddin

Perunding Perwarisan Harta & Pengurusan Pusaka Muslim

Perancang Kekayaan Prudential BSN Takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *