KEPENTINGAN MERANCANG HARTA

Adakah anda tahu, RM90 billion harta yang tidak dituntut majoritinya berpunca dari sikap Waris? Kalau tengok dalam komik ni (kredit kepada pelukis asal), masa sakit pon Waris boleh tolak menolak untuk uruskan pesakit, apatah lagi selepas kematian?p

 

Statistik menunjukkan dari 100 orang Waris, hanya 20 orang sahaja yang mulakan tuntutan dalam tempoh setahun selepas kematian, 20 orang lagi dalam tempoh dua ke 20 tahun selepas tarikh kematian dan baki 60 orang melakukan tuntutan selepas tahun ke 21 dari tarikh kematian.

 

Kerana sikap Waris inilah menyebabkan harta terbeku tak dituntut. Contoh skrip Waris apabila ditanya tentang tuntutan pusaka?

 

“Along tak tahu la nak mula dari mana nak menuntut harta pusaka Abah tu, Angah, Ucu.”

 

“Angah tak sempat la nak pergi ke pejabat tanah. Tengah busy kerja ni. Nanti Angah dah free Angah tengokkan macam mana”

 

“Along kan yang paling Sulong, Along la uruskan semua. Ucu bukannya pandai pon, lagipun Ucu kan belajar lagi, mana ada duit nak tanggung kos semua tu.”

 

*Bukan kejadian sebenar, tapi anda boleh baca dengan loghat anda sendiri na.

 

Sikap Waris beginilah yang menyebabkan harta terbeku, terbiar begitu sahaja.

 

Waris tidak tahu bagaimana pengurusan harta mengikut jumlah nilaian harta tersebut, di Mahkamah Tinggi ke? Pejabat Pusaka Kecil ke? atau di Amanah Raya? Kalau tahu, mungkin masing-masing sibuk dengan urusan kerja yang menyebabkan penangguhan pengurusan pusaka.

 

Atau, Waris kita saling tolak menolak untuk menguruskan harta. Bagi mereka, nak urus pusaka ni satu usaha yang susah dan mungkin tidak berbaloi.

 

Saya bukanlah nak memburukkan Waris kita, tetapi memang banyak kes pusaka terbeku disebabkan oleh kejadian sebegini.

 

Bagaimana penyelesaian kepada permasalahan ni?

 

Anda, sebagai pemilik harta, boleh melantik dalam kalangan Waris sebagai Wasi/ Pemegang Amanah. Mereka inilah yang akan menjadi Power Rangers bila berurusan dengan Pihak Berautoriti yang terlibat nanti.

 

Juga, Anda mengisytihar harta anda kepada Wasi atau Waris supaya mereka tahu jumlah sebenar harta anda. Bila dah tahu, urusan pusaka boleh dilakukan dengan lebih efisien dan kos efektif. Waris anda pasti suka jika anda memudahkan mereka.

 

Anda juga perlu tahu struktur semasa Faraid anda supaya dapat melakukan perancangan harta yang lebih menyeluruh. Perlu diketahui, Struktur Waris Faraid anda boleh berubah jika berlaku kematian kepada Waris Faraid anda semasa Anda masih hidup.

 

Atau, Anda boleh sediakan pihak ketiga yang boleh membantu Waris anda untuk uruskan pusaka dengan kos yang sangat minimum.

 

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Perwarisan Harta & Pengurusan Pusaka, anda boleh terus menghubungi saya di link dibawah

 

https://warishartauruspusaka.wasap.my

 

https://warishartauruspusaka.wasap.my

 

https://warishartauruspusaka.wasap.my

 

Akhir kata,

 

“Rancang Harta, Urus Pusaka, Elak Hiba di kemudian hari”

 

Abdullah Munzir bin Zul Safaruddin

Perunding Perwarisan Harta & Pengurusan Pusaka Muslim

Perancang Kekayaan Prudential BSN Takaful.

 

#rancangharta #uruspusaka #pusaka #harta #takafulprotection #perlindungantakaful

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *