PENCIPTAAN ASET UNTUK PERWARISAN

Sebelum mencipta aset, perlulah kita tahu jenis-jenis aset yang ada bagi memahami konsep ‘kecairan’ (‘Liquidity’) sesuatu aset. Kategori aset boleh dibahagi seperti berikut:

.

Aset mudah alih

.

Aset ini paling mudah untuk dicairkan dan dipindahkan. Sebagai contoh, wang tunai, simpanan tunai, akaun semasa, unit amanah atau saham. Aset-aset ini mudah untuk dipindah milik dan mungkin memerlukan prosedur tertentu untuk dialihkan tetapi tidak mengambil masa yang lama.

.

Aset tidak mudah alih

.

Aset ini sukar untuk dicairkan dan dipindahkan. Contohnya, rumah, kereta atau komoditi. Aset-aset ini mungkin mengambil masa untuk dipindah milik dan akan memerlukan prosedur tertentu untuk dialihkan.

.

Persamaan bagi aset-aset diatas adalah, apabila berlaku kematian kepada pemilik harta tersebut, sama ada pemilikan penuh atau pemilikan separa (jika aset mempunyai lebih dari satu nama pemilik), perlulah melalui pembahagian faraid yang telah ditetapkan dalam penerimanya dalam Islam. Pembahagian ini perlu dilakukan dengan teliti dan menyeluruh agar tidak memakan harta yang bukan hak.

.

Tambahan lagi, jika kita ada waris yang tidak boleh dinamakan dalam faraid, seperti memiliki anak angkat.Bolehkan kita mencipta aset yang menjadi hak mutlak waris atau orang yang kita sayang tanpa faraid?

.

Boleh.

Dengan adanya HIBAH TAKAFUL, penamaan yang dinamakan adalah pemilik mutlak, tunai yang dihibahkan kepadanya (Schedule 10, Islamic Financial Services Act 2013). Mudah kata, dengan hibah takaful, kita mencipta tunai untuk waris yang dinamakan pada hari ini, sekiranya kita ditakdirkan meninggal semalam.

.

Atau,

Sekiranya kita ditakdirkan tidak mampu lagi untuk keluar bekerja, akibat kecacatan kekal sama ada kehilangan anggota badan atau hilang upaya, kita akan mendapat manfaat tunai untuk digunakan oleh waris untuk perbelanjaan diri kita dan keluarga dan sebagai penggantian pendapatan.

.

Dengan itu, kita secara tidak langsung mengurangkan bebanan kewangan kepada waris dan orang yang kita sayang, disamping mengelakkan waris dan keluarga daripada ditimpa musibah kewangan.Sudahlah berita kematian, atau hilang upaya diri kita membebankan emosi keluarga. Jangan kita tambah lagi beban mereka dengan musibah kewangan, akibat daripada kehilangan punca pendapatan keluarga.

.

Kesimpulannya, sediakan hibah takaful untuk mereka, agar kehidupan keluarga kita dapat dijamin, saat kita tiada lagi disisi.

.

Sediakan Hibah Takaful, serendah RM50 sebulan, untuk mereka yang kita sayang.

.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Hibah Takaful dan Bagaimana Menyediakannya, klik link dibawah:

.

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

.

Abdulah Munzir bin Zul Safaruddin

Wealth Planner of Synergy Group

013-471 9307

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *