TAKAFUL – AN INTRODUCTION

Apa itu Takaful?

.

Takaful ini, asalnya dari perkataan kafala. Ka Fa La. Maksud Kafala ni ialah menjaga, menjamin atau memelihara. Jadi, dengan konsep Takaful ini, ia menggalakkan kita untuk tolong menolong di antara satu sama lain. Inilah konsep yang diguna pakai dalam Takaful.

.

Sebagai contoh, katakanlah, seorang pencarum ditimpa musibah, sama ada kematian atau hilang upaya bekerja, beliau atau penama yang dinamakan akan mendapat manfaat tunai bagi meringankan beban, terutamanya beban kewangan. Secara ringkas, konsep Takaful ini memenuhi dan mempertahankan dua perkara iaitu berkaitan harta dan nyawa.

.

.

Apa Itu Hibah Takaful?

.

Hibah atau dari segi bahasanya bermaksud hadiah atau pemberian hadiah. Dari segi istilah pula hibah bermaksud, pemberian sesuatu kepada seseorang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

.

Hibah takaful pula ialah satu bentuk pemberian kepada waris, anak angkat, individu persendirian atau institusi, atau kepada sesiapa sahaja mengikut kehendak pemberi hibah tersebut. Hibah yang diberikan adalah dalam bentuk Manfaat Tunai dalam Pelan Takaful.

.

Hibah Takaful ini adalah bertepatan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau, Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013). Berdasarkan akta ini, pemilikan manfaat tunai yang diberikan kepada penerima adalah milik mutlak penerima dan pemberian manfaat tunai ini adalah selepas kematian pencarum atau peserta Sijil Takaful.

.

Berdasarkan akta IFSA 2013 juga, Hibah Takaful yang diberikan adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid kerana segala akad atau perjanjian pemberian hibah tersebut telah dilakukan semasa peserta atau pencarum masih lagi hidup.

.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Hibah Takaful dan Bagaimana Menyediakannya, klik link dibawah:

.

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

https://simpandanlindung.wasap.my/

.

Abdulah Munzir bin Zul Safaruddin

Wealth Planner of Synergy Group

013-471 9307

2 thoughts on “TAKAFUL – AN INTRODUCTION”

  1. Pingback: PERLINDUNGAN TAKAFUL – SEBUAH ALTERNATIF – MZ Consultancy

  2. Pingback: PERLINDUNGAN TAKAFUL – SEBUAH IKHTIAR KELANGSUNGAN HIDUP – MZ Consultancy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *