As a Muslim, kita meletakkan sepenuh Tawakal kita kepada Allah SWT. Begitu juga dengan kehidupan kita, kita bertawakal kepada Allah atas segala perkara yang bakal berlaku yang menjadi rahsia Allah. Tetapi, dalam kita hendak bertawakal kepada Allah, hendaklah disertakan dengan Doa yang Tulus, Usaha yang Jitu dan Keikhlasan yang Utuh. Barulah kita boleh bertawakal kepada Allah.
Hal ini disebut dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab RA, Nabi SAW bersabda;
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)
Berdasarkan mafhum teks hadis ini, ketahuilah kita bahawa, sang burung meletakkan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah dalam mencari rezeki. Dan sang burung juga berusaha untuk keluar di pagi hari untuk mencari rezeki, berserah sepenuhnya kepada Allah atas urusan kurniaan rezeki dan pulang di petang hari dalam keadaan yang kenyang atas usaha dan rezeki yang dikurniakan daripada Allah Azza Wa Jalla.
Begitu juga dalam tawakal kita dalam kehidupan dan memastikan kelangsungan dalam kehidupan. Amatlah perlu untuk kita, sebagai hamba-Nya memulakan usaha dengan Doa penuh pengharapan, Usaha yang bersungguh-sungguh dan diakhiri dengan Tawakal atau sepenuh penyerahan kepada Sang Pencipta.
Setiap hari, kita menitipkan doa sekurang-kurangnya 5 kali sehari dalam setiap solat fardu. Agar Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada keluarga kita. Seterusnya kita berusaha seharian suntuk untuk mencari rezeki untuk dibawa pulang kepada keluarga. Dalam kita berusaha tersebut, kita letakkan sepenuh tawakal kita kepada Allah agar dikurniakan rezeki secukupnya.
Tetapi, bagaimana pula jika kita tidak lagi mampu keluar untuk mencari rezeki atas sebab kehilangan upaya kerana faktor kesihatan yang tidak baik atau lebih buruk kita ‘pergi’ buat selamanya. Bagaimana persiapan kita untuk menghadapi saat getir ini? Adakah cukup dengan berdoa dan bertawakal semata-mata?
Bagaimana kalau saya katakan, kita ada satu usaha yang kita boleh lakukan untuk memastikan pendapatan kita masih lagi dapat diberikan kepada ahli keluarga kita walaupun kita tidak lagi mampu untuk keluar bekerja, atau telah tiada. Antara usaha tersebut ialah, menyediakan simpanan yang cukup untuk kegunaan perbelanjaan keluarga selama 5 tahun atau lebih.
Dalam penyediaan simpanan tersebut, kita perlulah mengambil kira pembahagian harta pusaka yang melibatkan hukum faraid yang akan melibatkan beberapa orang waris. Semakin ramai waris yang layak menerima, semakin banyak pecahan harta pusaka yang perlu dilakukan.
Sebenarnya, ada satu lagi kaedah yang boleh dilakukan, dan lebih menarik lagi, kita boleh menentukan jumlah harta tunai yang kita nak berikan kepada waris kita sekiranya berlaku kematian. Dan jika tidak berlaku kematian, cuma hilang keupayaan untuk keluar bekerja akibat penyakit atau kemalangan, kita masih boleh dapat sejumlah tunai untuk menampung segala kos rawatan terlibat dan juga untuk menanggung segala perbelanjaan keluarga.
Kerana apa? Kerana walaupun kita tidak dapat keluar bekerja akibat kehilangan upaya, keluarga kita masih memerlukan tunai untuk menampung segala perbelanjaan harian. Oleh itu sediakan hibah takaful dengan segera hari ini atau nak tahu lebih lanjut tentang hibah takaful boleh klik link https://munzirzul.com/hibah-takaful-an-introduction/
Kaedah penyediaan tunai ini ada dalam perlindungan takaful yang boleh kita sediakan dengan amat mudah. Tak perlu keluar rumah, boleh dilakukan sambil berbaring di rumah. Dan dengan kos yang sangat rendah berbanding manfaat yang bakal diterima sekiranya berlaku musibah kepada kita.
Nak tahu lebih lanjut tentang perlindungan takaful? Boleh PM saya atau klik link di bawah.
https://wa.me/60134719307?text=nak%20buat%20hibah
https://wa.me/60134719307?text=nak%20buat%20hibah
https://wa.me/60134719307?text=nak%20buat%20hibah
ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN
Perunding Harta & Pengurusan Pusaka KWM
Perancang Kekayaan Prudential BSN Takaful
013-471 9307